30 December 2010
FOKUS 2011
F1 : KEPIMPINAN
F2 : PELAKSANAAN DASAR KERAJAAN
F3 : TRANSFORMASI KURIKULUM - KSSR & SPPK
F4 : PEMANTAUAN
F5 : PERHIMPUNAN MINGGUAN
F6 : SEKOLAH TANPA ROTAN
F7 : UPSR
F8 : ICT DALAM SISTEM PENGHANTARAN
F9 : PENGURUSAN KEWANGAN
F10 : HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
29 December 2010
巩固国语和加强英语政策 - MBMMBI
巩固国语策略包括使用国语作为中小学国民学校数理科的教学媒介语,及改善国语的教学方案;加强英语策略则涉及英语课程的改善、准备足够及有素质的师资和教材来推行相关课程。
加强英语的定义是确立英语是学生需要学习和掌握的语言,它也是在国家和国际间的沟通与知识语言。
加强英语的主要目的是它为须被掌握的国际语言,以便开拓各种各样的知识,让人民在国内和全球具竞争力。 Read more...
28 December 2010
10 SIA
S1 - SEGERA
S2 - SENYUM
S3 - SENSITIF
S4 - SOPAN
S5 - SENTUHAN
S6 - SEGAK
S7 - SELIA
S8 - SELIDIK
S9 - SEMANGAT
S10 - SALAM
I = INTEGRITI
A = AKAUNTABILITI
15 December 2010
Minda Pengarang: Langkah sediakan guru pembantu mampu tingkat prestasi pelajar
Semua itu, membantutkan usaha golongan pendidik ini untuk memberikan sepenuh komitmen kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan pertengahan tahun ini bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan. Satu makmal khas turut diwujudkan dengan menjemput guru dan pengetua untuk mengatasi masalah itu, selain pergi ke sekolah untuk meninjau dan mendapatkan maklum balas daripada pihak guru sendiri.
Laporan akhir Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 itu yang didedahkan kepada umum kelmarin, mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada meningkatnya beban tugas guru. Antaranya termasuk penyertaan guru dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan. Selain itu, jawatankuasa itu turut mengemuka serta memperakukan 28 cadangan kepada Kementerian Pelajaran. Antaranya untuk menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.
Justeru, apabila cadangan laporan itu dilaksanakan kelak, kita harap ia mampu menangani masalah beban tugas berlebihan yang dihadapi guru di setiap sekolah seluruh negara. Kita percaya Kementerian Pelajaran sudah mengkaji secara mendalam sebelum memutuskan untuk melaksanakan cadangan laporan itu agar tidak timbul masalah lain, termasuk dari segi kos operasi di sekolah kerana ia tentunya memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan. Bagi memastikan pelajar mendapat manfaat dan meningkatkan kualiti pencapaian mereka, Kementerian Pelajaran harus melaksanakan cadangan laporan itu dengan bijaksana, teliti dan berkesan. Pembahagian tugas antara guru kelas dan guru pembantu perlu dilaksanakan dengan bijak agar tidak berlaku pertindihan.
Dengan berkurangnya beban kerja, kita harap setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar. Kita tidak mahu ada lagi segelintir guru mengambil kesempatan menjadikan alasan bebanan tugas untuk tidak melaksanakan tugas hakiki mereka dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan cemerlang untuk membangunkan negara.
Sebab itulah kerajaan tidak pernah mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat perhatian untuk ditangani segera. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban tanpa mengharapkan imbuhan semata-mata. Kita percaya sebahagian besar guru di negara ini komited dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.
Berita Harian Online: 14 Disember 2010 Read more...
14 December 2010
Tips Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan
LANGKAH A - ANALISIS TOPIK
1.Senaraikan semua topik yang telah dipelajari
2.Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.)
3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.
LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT
1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.
2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.
3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat. Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
LANGKAH C - MENGULANGKAJI
1.Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran mate dan sains.
2.Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian carai dan catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.